Penanaman dan kegunaan Bunga tiga bulan

Pokok bunga tiga bulan telah ditanam sejak sekian lama sebagai satu tumbuhan hiasan di Jepun, dan sejak 150 tahun lepas, juga telah ditanam dengan meluas di negara beriklim sederhana di seluruh dunia. Lebih 600 tanaman telah terpilih untuk digunakan di dalam taman, dengan warna bunga yang berbeza-beza. Tukang kebun seringkali mengawal warna bunga dengan menambah kapur atau aluminium sulfat bagi mengubah tahap keasidan di sekitar tumbuhan. Bunga-bunga ini juga boleh memiliki warna-warna pelangi sekiranya Na2CO3 ditambah dengan berhati-hati di tanahnya.

Spesies ini menyukai tanah gembur, kaya lembapan tetapi mempunyai saliran yang baik di bawah cahaya matahari sederhana.Sifat tahan lasak: USDA Zon 6-10.Pembiakan secara keratan.

Hydrangea berenda

Susunan rata di atas bunga tiga bulan berenda amat menarik. Pokok bunga tiga bulan membentuk pokok renek yang cantik pada musim panas. Ia berbunga paling baik di kawasan musim sejuk serdahana, kerana pokok bunga tiga bulan berbunga pada tumbuhan tahun lepas. Pokok ini mungkin malar hijau pada kawasan musim sejuk amat serdahana. Di kawasan paling utara, bunga tiga bulan ialah pokok renek tahunan, kerana kudup bunga mati semasa musim sejuk melampau.[13]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bunga tiga bulan http://www.floridata.com/ref/h/hydran_m.cfm http://www.heronswood.com/Hydrangea_Pruning_and_Ca... http://www.hydrangeashydrangeas.com/ http://hgic.clemson.edu/factsheets/HGIC1067.htm http://www.usna.usda.gov/Gardens/faqs/hydrangeafaq... http://books.google.com.my/books?id=yUlAwmx57xEC&p... http://www.hmetro.com.my/articles/JambanganindahSi... http://www.prn2.usm.my/mainsite/plant/hydrangea.ht... http://www.worldfloraonline.org/taxon/wfo-00007262... https://floridata.com/plant/180